Saturday, March 10, 2018

Classical Hodgkin Lymphoma Pt. 2

Selepas selamat menjalani pembedahan pada 15 May 2017, saya diminta untuk datang semula pada hari Jumaat berikutnya. Sampai masa yang telah ditetapkan saya berjumpa semula dengan pakar bedah di Hospital Pantai.

Beliau memaklumkan yang hasil daripada pembedahan saya didapati positif classical hodgkin lymphoma. Pada mulanya saya tak berasa terperanjat kerana masih tak tahu tentang penyakit tersebut. Tetapi apabila doktor memberi penerangan yang lebih lanjut baru lah saya faham.

Selama dua minggu saya merasa sedih. Tapi saya banyak bersendiri sebab malas nak libatkan orang lain. Tapi yang penting saya lebihkan menganggap perkara ini adalah anugerah dari Allah.

Berkat keredhaan saya, dalam masa dua minggu saya dah mula macam biasa semula. Tetapi saya tidak mengambil chemotherapy sebagai rawatan. Mak dan ayah saya membantu saya berubat denga profesor yang sama mengubatkan ayah saya.

Banyak kos yang ditanggung oleh ayah dan mak saya. Alhamdulillah keadaan saya semakin sihat selama menjalankan rawatan dengan profesor tersebut.

Wednesday, August 23, 2017

Classical Hodgkin Lymphoma Pt. 1

2017 adalah tahun yang banyak menguji kesabaran terhadap saya dan keluarga saya. Penyakit prostat ayah saya menjadi teruk secara tiba2 ketika kami menghadiri majlis perkahwinan sepupu.

Ayah tak nak berubat dengan doktor tapi memilih jalan alternatif. Seorang Professor yang menggelarkan dirinya Cancer Assassin menjadi pilihan ayah saya. Ternyata pilihannya tepat kerana dengan izin Allah penyakitnya semakin berkurangan.

Saya pula sejak awal tahun 2017 dah mula selalu demam. Kadang2 sampai seminggu 2 kali pun ada. Awalnya saya cuma sangka sebab cuaca. Dalam bulan April 2017 saya merasakan ada benjolan di bahagian ketiak kiri saya. Dari hari ke hari benjolan itu semakin besar dan juga tumbuh di tempat lain berdekatan dengan ketiak kiri saya. Semakin lama semakin menyakitkan. Tapi saya masih mampu menahannya.

Selain daripada demam saya juga mempunyai masalah makan. Kalau dulu nasi lemak dua bungkus saya boleh makan dengan selambanya, tapi dalam bulan April 2017 juga saya berasa cepat kenyang dan selalu rasa nak muntah. Biasanya ia berlaku ketika saya baru mengambil 3 atau 4 suap makanan. Berat badan mula turun.

Pada 12 May 2017 saya dah mengambil keputusan untuk berjumpa doktor pakar. Saya berjumpa dengan seorang pakar bedah di Pantai Hospital Melaka. Pada hari yang sama doktor telah menjalankan ujian ultrasound di tempat benjolan. Menurut doktor ianya adalah ketulan daging, bergugus seperti anggur dan ada banyak di bahagian ketiak kiri. Doktor mencadangkan saya jalani pembedahan untuk mengambil sampel. Saya bersetuju untuk dibedah pada minggu berikutnya hari Isnin 15 May 2017.

Friday, August 19, 2016

Kalah menang adat pertandingan

Hanya yang besukan tahu. Hanya yang pernah wakil sekolah tahu. Sebenarnya bila kita dapat melayakkan diri untuk masuk Olympic kita dah kira hebat.

Sebabnya? Kalau kita tengok sistem kat Malaysia ni bermula dengan wakil rumah sukan. Kalau kita menang pingat emas, perak, gangsa atau dapat no 4 automatically kita akan mewakili sekolah kita dalam acara tersebut.

Setelah itu kita akan mewakili sekolah untuk pertandingan diantara sekolah didalam kawasan. Kira macam DUN lah. Kalau saya sebagai contoh bersekolah di sekolah asrama penuh. Kami ada sukan diantara sekolah asrama penuh juga.

Jika menang peringkat DUN kita akan masuk peringkat MSSD. Ni dah level daerah ni. Kalau negeri yang besar macam Selangor pastinya pada peringkat ini atlet atau pasukan yang layak dah kira mantap sangat jika dibandingkan dengan negeri seperti Melaka dan Perlis yang mana negerinya lebih kecil.

Selepas daerah kita akan mewakili negeri pulak. Masa ni dah kira glamor dah. "Budak tu main Melaka beb!" Kalau kat melaka macam tu lah yang selalu kami cakapkan.

Perlu diingat, itu baru peringkat sekolah. Begitu jugalah dengan peringkat universiti. Di Malaysia ni kita mempunyai kategori umur. Biasanya kita dengar bawah 10, bawah 12 sehinggalah bawah 23 tahun. Kategori ini diwujudkan adalah untuk sentiasa ada pelapis untuk setiap sukan itu.

Di Malaysia kita ada SUKMA di mana setiap negeri akan bertanding di dalam acara - acara sukan. Dari sinilah kita akan dapat mencungkil bakat - bakat baru di dalam sukan.

Dari SUKMA ke ASEAN seterusnya Asia kemudian ke komenwel dan olimpik. Ketika blog ini ditulis sukan olimpik 2016 sedang hangat berlangsung di Rio Brazil. Setiap perserta akan cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik. Tak kira lah apa jua alasannya atau habuannya.

Malaysia bukan lah negara pengumpul pingat untuk sukan olimpik. Walau bagaimanapun kita boleh berbangga dengan pungutan pingat dan pencapaian kita sekarang. Baru malam tadi kita dapat satu lagi pingat perak menerusi beregu lelaki. Datuk LCW juga bakal mendapat at least perak untuk badminton perseorangan.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Bagi rakyat Malaysia yang lain jangan terlalu kecewa kerana adat pertandingan ada menang ada kalah nya. Bagi orang Islam, rezeki itu Allah yang tentukan betul tak?

Tuesday, April 28, 2015

Nasi Kukus Ayam Berempah

Nasi kukus ayam berempah
Lokasi di Simpang Tiga Pulau Gadong Melaka
Harga RM 4 tanpa air.
Tekak saya kata.... masakan ni di masak oleh orang kelantan. So bagi saya perapan ayam sedap sampai kedalam isi ayam. Sambal cilinya pun pedas dan berperisa. Sayur timun,carrot dan lain - lain yang dijadikan acar pun sedap. Kuah gulai kari pun ok tapi manis. Overall best cuma kalau ayam 1/4 mesti lebih memuaskan untuk musang jadi-jadian seperti saya.

Bonus oh bonus

End of April again. This is the time where me and my colleagues are waiting for a good news from our management. Yes, bonus and increment. Last year we have been given the highest bonus compared to previous two years. Followed by one month bonus in December 2014 to cover the expenses for childrens and school fees.

So, what should we expect in 2015? Normally executive level will receive a bonus payment that is equivalent to three months salary at least. As we have received one month salary as our bonus at the end of 2015, i think we can easily calculate the bonus payment for executive. Three months minus one month equal to two months... yeah two months bonus.

However we need to remember that there might be a minor changes on our allowances and salary. Why? As our company merged the management is trying to standardised the salaries and the packages to all employee. So, let's think positive and expect some increment in our salary and allowances.

As a muslim, lets pray for the best. We still have to thank to Allah fo what ever we will received later.

Saturday, March 30, 2013

PhD? Nak ambil ke?

Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada semua keluarga dan kawan - kawan. So, lebih kurang setahun sekali atau dua tahun sekali update blog ni. Ok la tu kan bukannya aku dah takde keje lain nak buat. Banyak lagi benda yang berfaedah untuk di buat.

So, kenapa berblog balik? Well sebenarnya rasa seronok pulak bila akak aku baru nak berblog. So, rasa macam nak memeriahkan suasana lah nampaknya ni. Tapi tak salahkan?

Last post aku dah bercerita tentang aku dapat girlfriend lah kerja lah Dan bermacam - macam lagi. Just nak share yang aku dah pun bernikah pada 25 julai 2008 dengan my wife. Sekarang ni family dah membesar kepada 4 orang. Alhamdulillah aku dah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Dua dua perempuan.

Sekarang ni aku kerja kat power plant sebagai senior exec IT. Ok? Alhamdilillah aku berssyukur. Sekarang ni pun aku dah ada master. Bukan master chef dan bukan master gi tapi master in IT. Best juga rasanya bila dah ada master ni.

Stu perkara yang aku perasan masa ambil master dulu ialah, ilmu yang aku ada pada masa tu sikit sangat. Bak kata bebudak sekarang ciput jer. Banyak lagi yang aku tak tahu dan kena tahu. Lagi satu sebenarnya ramai lagi orang yang hebat - hebat kat luar sana. So, jangan sombong!



Aku ambil master di UTM jalan semarak selama 2 tahun. Tak susah tapi banyak cabaran. Kena ulang alik melaka kl setiap minggu. Kena buat assignment sambil 'dibantu' oleh anak yang berusia satu ke dua tahun. 'Dibogelkan' masa presentation projek one. Dan banyak lagi perkara - perkara yang berlaku tapi dapat diatasi dengan izin Nya alhamdulillah.

Next is PhD. Nak ambil ke tak? Sekarang ni aku rasa jiwa aku lebih terarah kepada lecturing. Tapi aku belum buat apa - apa tindakan untuk join mana - mana universiti buat masa ni. Kenapa? Entahlah ye mungkin busy kat office dan ada perkara yang perlu di settlekan di office. Ya, ISMS. Information security management system. ISO 27001 certification. Kalau succeed, lepas tu baru pikir balik kot.

Yang pastinya aku rasa aku akan menguatkan semangat untuk ambil PhD pulak. Tapi mungkin tahun depan 2014 jika ada umur lagi. Bila dah start PhD nanti senang sikit nak apply kerja kat universiti sebagai lecturer kan.

So, aku rasa aku nak stop untuk kali ini. Aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya dalam master kepada satu - satunya akak yang aku ada. Aku kena tabik spring kat dia kerana dia berjaya menamatkan degree dalam tesl last year dan kini sambung ambil master dalam tesl pulak. Kenapa kena tabik? Dia ada tiga orang anak. Dia masak untuk suaminya. Dia basuh kain untuk keluarganya. Dia lipat kain untk keluarganya. Dia kemas rumah untuk keluarganya. Dia siapkan anak - anak nya. Dia masih boleh buat assignment score dalam peperiksaan dan banyak dapt dean list. Tak ke hebat tu!

So jumpa lagi akan datang in sya Allah.

Tuesday, March 9, 2010

Perjalanan Hidup Part 2

Seperti yang telah di ceritakan pada post yang lepas... aku pun berhangkut lah semula ke Melaka. Berapa punye gembira nya aku bila dah balik Melaka ni Allah jer lah yang tahu. Aku pun memulakan kerjaya aku kat Software Engineering company sebagai System Engineer. Ok lah jugak kerja nya. Mula - mula boss aku bagi aku handle satu program yang dia buat, dia suruh aku cari dan settlekan bug yang ada kat system tu. Since aku memang pernah go through system boss aku ni so takde lah masaelah sangat....

Walaucamne pun bila aku dah kerja sini lebih kurang sebulan, boss aku dah mula bagi hint kat aku yang kalau aku nak cari tempat lain untuk kerja pun bagus jugak sebab company ni bukan nya bolah menjamin masa depan aku. Pada mula nya aku tak berapa faham maksud boss aku ni. Tapi bila dah 5 - 6 kali dia keep on mention benda yang sama jer aku pun mula cuak....

Bila aku dah mula cuak aku pun start lah contact ada sorang supplier kat tempat lama aku dulu. Dia pernah kate yang dia nak pakai orang. So bila dah call dia, dia kata dia memang perlukan seorang Sr. System Engineer untuk ditempatkan di sebuah kolej di Melaka. Aku pun apa lagi terus kate yang aku nak join dia. Masa aku bagi surat resign kat boss aku dia kate ok good... tapi aku memang pelik sangat ngan boss aku nih, dulu dia yang beria - ia nak suruh aku join dia tapi sekarang ni dia plak yang suka aku berenti... pelik lah!

Dalam bulan May 2005 aku join company vendor aku dan aku ditempatkan di Kolej Perubatan. Hmmmm not bad, kena wat support, jaga server, jaga networking dia dan kena settle kan macam - macam problem. Mungkin sebab sifat aku yang peramah, pada tahun 2006 Kolej ni dah tawarkan aku bekerja dengan dia dan offer aku beberapa benefits yang lain so aku pun setuju ler lepas aku discuss ngan mak and ayah.

Aku join kolej perubatan tu pada Jan 2007 sebagai IT Executive. Tapi sebelum tu ada beberapa perkara yang telah terjadi pada akhir tahun 2006. Pertama aku dah berjaya buatkan projek uncle aku untuk persatuan dia dan telah dibayar sebanyak RM4,000 alhamdulillah. Pastu pada akhir tahun 2006 ni juga lah Melaka telah dilanda banjir dan Taman Merdeka pun teruk juga kena banjir. Masa ni lah kita dapat lihat sejauh mana seseorang yang bernama saudara itu betul - betul baik ke tidak... hmmmm forget it lah!

The best part was another move in my life and my future happened during this period. Masa tu aku tengah solat Zuhur berjemaah di surau dekan Desa Baru. Sebelum iqamah aku matikanlah handphone aku... pastu ada lah satu orang jemaah tu tanya aku, "Kau dah ada girlfriend?" aku pun kate lah belum... then dia kata "pas solat nanti jumpa aku" Kuang,kuang,kuang... jemaah ni nama dia Azman. Aku memang selalu gak la berborak ngan dia coz dia ni suka bagi pandangan yang tak berat sebelah. So lepas solat aku terus nak balik opis coz aku rasa Abg Azman ni memain jer nih. Tapi dia panggil aku balik...

Azman: Eh Zul tunggu le kejap
Aku: Ada pe abg azman?
Azman: Engkau belum ada girlfriend lagi kan?
Aku: Hehehe belum lagi bang nape?
Azman: Ni aku ada nak kenal kan kau dengan office mate org rumah aku. Budaknya baik jenis macam kau jugak tak suka kluar malam, habis jer kerja terus balik rumah... kerja dia clerk kat bank. Engkau nak tak?
Aku: Biar betul abg azman ni?
Azman: Eh betul ler aku bagi kau no telefon ni yang lain ko buat sendiri k.
Aku: ok boleh la.......

Sejak tu aku telah berkenalan dengan seorang gadis yang bernama reen. Mulanya aku sms jer lah kat dia tapi bila dah lama2 - lama kawan aku pun bgtau dia yang aku nak dia tengok aku dulu sebelum kami berdua buang masa sms.... aku pun berjanji ngan dia yang aku akan berada di sebuah restoran dengan memakai baju warna kuning.... so kalau dia rasa nak kawan ngan aku lepas tgk aku dia boleh datang n approach aku kat restoran tu, tapi kalau dia tak nak, dia boleh hantar jer sms suruh aku balik....

so bila dah tunggu dia kat situ aku pun received lah satu sms... 'Ok i dah nampak u' then aku pun tahu lah yang dia mungkin dah tengok aku n dia tak nak proceed berkawan ngan aku... so aku pun terus balik rumah... malam nya aku received satu sms dari reen n dia tanya nape aku balik cepat sangat tadi... well aku pun informed dia yang aku ingat dia tak nak kawan ngan aku ag... then dia bagi alasan yang dia malu nak approach aku lagi pun dia datang ngan kawan dia... oh ye ke.... hmmmm ok ler tu

so start dari aritu aku dah ada kawan perempuan semula.... aku pun set satu time untuk jumpa dia n dia setuju untuk jumpa di Mahkota Parade... masa ni lah first time aku jumpa dia n aku bagi dia bear sekor.... aku blanja dia makan kat the Chicken Rice Shop seperti yang pernah di cadangkan oleh Hj Yusof dulu....

bermulalah sebuah kisah cinta plak....