Selepas selamat menjalani pembedahan pada 15 May 2017, saya diminta untuk datang semula pada hari Jumaat berikutnya. Sampai masa yang telah ditetapkan saya berjumpa semula dengan pakar bedah di Hospital Pantai.
Beliau memaklumkan yang hasil daripada pembedahan saya didapati positif classical hodgkin lymphoma. Pada mulanya saya tak berasa terperanjat kerana masih tak tahu tentang penyakit tersebut. Tetapi apabila doktor memberi penerangan yang lebih lanjut baru lah saya faham.
Selama dua minggu saya merasa sedih. Tapi saya banyak bersendiri sebab malas nak libatkan orang lain. Tapi yang penting saya lebihkan menganggap perkara ini adalah anugerah dari Allah.
Berkat keredhaan saya, dalam masa dua minggu saya dah mula macam biasa semula. Tetapi saya tidak mengambil chemotherapy sebagai rawatan. Mak dan ayah saya membantu saya berubat denga profesor yang sama mengubatkan ayah saya.
Banyak kos yang ditanggung oleh ayah dan mak saya. Alhamdulillah keadaan saya semakin sihat selama menjalankan rawatan dengan profesor tersebut.
No comments:
Post a Comment