Hanya yang besukan tahu. Hanya yang pernah wakil sekolah tahu. Sebenarnya bila kita dapat melayakkan diri untuk masuk Olympic kita dah kira hebat.
Sebabnya? Kalau kita tengok sistem kat Malaysia ni bermula dengan wakil rumah sukan. Kalau kita menang pingat emas, perak, gangsa atau dapat no 4 automatically kita akan mewakili sekolah kita dalam acara tersebut.
Setelah itu kita akan mewakili sekolah untuk pertandingan diantara sekolah didalam kawasan. Kira macam DUN lah. Kalau saya sebagai contoh bersekolah di sekolah asrama penuh. Kami ada sukan diantara sekolah asrama penuh juga.
Jika menang peringkat DUN kita akan masuk peringkat MSSD. Ni dah level daerah ni. Kalau negeri yang besar macam Selangor pastinya pada peringkat ini atlet atau pasukan yang layak dah kira mantap sangat jika dibandingkan dengan negeri seperti Melaka dan Perlis yang mana negerinya lebih kecil.
Selepas daerah kita akan mewakili negeri pulak. Masa ni dah kira glamor dah. "Budak tu main Melaka beb!" Kalau kat melaka macam tu lah yang selalu kami cakapkan.
Perlu diingat, itu baru peringkat sekolah. Begitu jugalah dengan peringkat universiti. Di Malaysia ni kita mempunyai kategori umur. Biasanya kita dengar bawah 10, bawah 12 sehinggalah bawah 23 tahun. Kategori ini diwujudkan adalah untuk sentiasa ada pelapis untuk setiap sukan itu.
Di Malaysia kita ada SUKMA di mana setiap negeri akan bertanding di dalam acara - acara sukan. Dari sinilah kita akan dapat mencungkil bakat - bakat baru di dalam sukan.
Dari SUKMA ke ASEAN seterusnya Asia kemudian ke komenwel dan olimpik. Ketika blog ini ditulis sukan olimpik 2016 sedang hangat berlangsung di Rio Brazil. Setiap perserta akan cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik. Tak kira lah apa jua alasannya atau habuannya.
Malaysia bukan lah negara pengumpul pingat untuk sukan olimpik. Walau bagaimanapun kita boleh berbangga dengan pungutan pingat dan pencapaian kita sekarang. Baru malam tadi kita dapat satu lagi pingat perak menerusi beregu lelaki. Datuk LCW juga bakal mendapat at least perak untuk badminton perseorangan.
Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Bagi rakyat Malaysia yang lain jangan terlalu kecewa kerana adat pertandingan ada menang ada kalah nya. Bagi orang Islam, rezeki itu Allah yang tentukan betul tak?
No comments:
Post a Comment