Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada semua keluarga dan kawan - kawan. So, lebih kurang setahun sekali atau dua tahun sekali update blog ni. Ok la tu kan bukannya aku dah takde keje lain nak buat. Banyak lagi benda yang berfaedah untuk di buat.
So, kenapa berblog balik? Well sebenarnya rasa seronok pulak bila akak aku baru nak berblog. So, rasa macam nak memeriahkan suasana lah nampaknya ni. Tapi tak salahkan?
Last post aku dah bercerita tentang aku dapat girlfriend lah kerja lah Dan bermacam - macam lagi. Just nak share yang aku dah pun bernikah pada 25 julai 2008 dengan my wife. Sekarang ni family dah membesar kepada 4 orang. Alhamdulillah aku dah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Dua dua perempuan.
Sekarang ni aku kerja kat power plant sebagai senior exec IT. Ok? Alhamdilillah aku berssyukur. Sekarang ni pun aku dah ada master. Bukan master chef dan bukan master gi tapi master in IT. Best juga rasanya bila dah ada master ni.
Stu perkara yang aku perasan masa ambil master dulu ialah, ilmu yang aku ada pada masa tu sikit sangat. Bak kata bebudak sekarang ciput jer. Banyak lagi yang aku tak tahu dan kena tahu. Lagi satu sebenarnya ramai lagi orang yang hebat - hebat kat luar sana. So, jangan sombong!
Aku ambil master di UTM jalan semarak selama 2 tahun. Tak susah tapi banyak cabaran. Kena ulang alik melaka kl setiap minggu. Kena buat assignment sambil 'dibantu' oleh anak yang berusia satu ke dua tahun. 'Dibogelkan' masa presentation projek one. Dan banyak lagi perkara - perkara yang berlaku tapi dapat diatasi dengan izin Nya alhamdulillah.
Next is PhD. Nak ambil ke tak? Sekarang ni aku rasa jiwa aku lebih terarah kepada lecturing. Tapi aku belum buat apa - apa tindakan untuk join mana - mana universiti buat masa ni. Kenapa? Entahlah ye mungkin busy kat office dan ada perkara yang perlu di settlekan di office. Ya, ISMS. Information security management system. ISO 27001 certification. Kalau succeed, lepas tu baru pikir balik kot.
Yang pastinya aku rasa aku akan menguatkan semangat untuk ambil PhD pulak. Tapi mungkin tahun depan 2014 jika ada umur lagi. Bila dah start PhD nanti senang sikit nak apply kerja kat universiti sebagai lecturer kan.
So, aku rasa aku nak stop untuk kali ini. Aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya dalam master kepada satu - satunya akak yang aku ada. Aku kena tabik spring kat dia kerana dia berjaya menamatkan degree dalam tesl last year dan kini sambung ambil master dalam tesl pulak. Kenapa kena tabik? Dia ada tiga orang anak. Dia masak untuk suaminya. Dia basuh kain untuk keluarganya. Dia lipat kain untk keluarganya. Dia kemas rumah untuk keluarganya. Dia siapkan anak - anak nya. Dia masih boleh buat assignment score dalam peperiksaan dan banyak dapt dean list. Tak ke hebat tu!
So jumpa lagi akan datang in sya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hehe....tq to my one and only brother...life akak chaotic sbnrnya...hahaha
ReplyDelete