Assalamualaikum dan salam sejahtera... masih aku ingat masa aku kat MRSM dulu, setiap kali ada meeting block (taklim) mesti akan dimulakan dengan ummul kitab Al - Fatihah so aku pun nak mulakan dengan ummul kitab Al Fatihah....
So, kira dah lama aku tak menulis blog ni. Last skali rasanya masa tahun 2006. Masa tu tgh active cari aweks! har har har... tapi actually best gak tulih blog ni sebab bila ada orang baca diorg akan bagi comment... so sedikit sebanyak boleh lah kita mencari idea2 daripada org lain kan.
Basic info tentang aku, actually aku ni tinggal kat melaka dan dah pun berkahwin. anak yang kedua daripada 2 beradik hehehe. akak aku dah kawin n dia tinggal kat Sg. Buloh skrg ni....
Aku nak mulakan daripada perjalanan hidup aku lepas belajar kat MSM Kuantan dulu. Aku ambil matrik asasi sains fizikal kat sana, tapi sebab aku terbeban dengan subject kimia so aku dengan rela hati mengundurkan diri daripada course tu. Menyesal? hmmm bila dah ramai yang kata aku tak sepatutnya kluar dari course tu aku rasa bersalah gak... tapi perlu ke aku dengar apa org kate? Org yang kate tu dia fikir ke apa yang aku rasa?
Aku rasa start daripada tu aku dah mula buat plan untuk masa depan, masa tu umur aku dah 19 tahun. Aku bagi tau ayah n mak aku tentang aku punye plan yang mana instead of ambil degree aku nak ambil diploma dulu then keje pastu masa keje baru ambil degree dan pastu baru nak ambil master. Ayah n mak tak pernah membantah tapi dia suruh cari tempat belajar yang proper untuk aku sambung belajar.
Dipendekkan cerita, aku join NIIT masa tahun 1999 dan aku ambil course Adv. Dip Network Centered Computing, unfortunately masa tangah belajar NIIT announced yang kolej tu tak di iktiraf oleh LAN skrg MQA. Tapi aku teruskan jugak lah sebab nak pegi cari kolej lain dah susah lagi pun NIIT janji yang dia akan cuba dapatkan accreditation daripada LAN. Sampai aku habih belajar satu habuk pun tarak!
Allah maha kaya... lepas jer aku habis kat NIIT aku pun pergi lah tolong Pak Sedara kat stesyen petronas dia tapi kat Batang Kali Selangor. So, rasanya baru keje lebih kurang seminggu aku dapat call daripada sebuah kilang di Melaka ermm boleh sebut ke name dia... tak payah lah ye nanti dia sue aku plak... kilang tu kilang jepun boss IT dia call aku n tanya sama ada aku interested tak nak jadi programmer? So apa lagi aku pun kate ok lah... diaorg suruh aku datang utk interview dalam masa tiga hari... so aku pun balik lah melaka untuk attend interview tu... selepas interview tu dalam masa dua minggu kilang tu dah call aku n offer aku kerje kat sana... so apa lagi... alhamdulillah lah aku mula kerja pada Feb 2002 and start kerja sebagai Asst. Engineer
Lama gak aku dikerjakan kat kilang Jepun tu lebih kurang 3 tahun lah... tapi untuk meningkatkan lagi pendapatan aku dah mula mencari - cari kerja lain... semasa aku kerja di kilang Jepun tu, seperti yang telah dirancangkan aku telah pun sambung belajar di Open University Malaysia untuk buat degree. Aku ambil course IT and Management course tu 4 tahun sebab dikira sebagai double major.
Sekali lagi Allah nak bagi aku rezeki, masa aku tangah sibuk nak cari kerja kat tempat lain tu ada lah satu hamba Allah ni offer aku kerja kat tempat dia tapi kat puchong lah... aku pun setuju... aku resign dari kilang Jepun tu dan masa aku resign tu jawatan aku dah full engineer tapi sebabkan salary aku resign jugak. Aku start kerja kat puchong tu sebagai System Engineer yang mana kerja aku troubleshoot problem org yang gunakan software company aku via phone. lebih kurang sebulan aku kerja aku dah mula rasa bosan n selain daripada itu expenses pun banyak sebab kena sewa umah so aku ambil keputusan untuk cari semula kerja di Melaka
Aku pun buat lah soat hajat 12 rakaat pada malam jumaat n esoknya tu aku teringat nak call supplier kilang jepun aku dulu and ex boss aku masa kat kilang jepun dulu... so mungkin aku ni diberkati pleh Nya ex boss aku Mr SCK pun call lah aku coz company dia nak pakai org. Aku pun tak berlengah lagi lah terus cabut dari puchong n balik melaka untuk mekerja di syarikat boss aku tu.
Actually tujuan aku nak balik melaka sebenarnya bukanlah sebab gaji ke kerja tak seronok ke tapi aku rasa lebih kepada tanggungjawab. Di mana bila aku takde kat melaka ayah n mak akan tinggal berdua jer kalau mak sakit ayah boleh hantar mak ke klinik tapi kalau ayah sakit? Mak tak boleh bawak kete.... so itu lah sebab yang paling jitu aku ada tapi segan nak bgtau semua org. nanti org kate aku ni anak manja... peduli apa org nak kate kan?
So sampai sini jer lah dulu... nanti ada masa sambung ag ke....
Note: Ada ke orang nak baca nih?
Friday, October 30, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)