Wednesday, August 23, 2017

Classical Hodgkin Lymphoma Pt. 1

2017 adalah tahun yang banyak menguji kesabaran terhadap saya dan keluarga saya. Penyakit prostat ayah saya menjadi teruk secara tiba2 ketika kami menghadiri majlis perkahwinan sepupu.

Ayah tak nak berubat dengan doktor tapi memilih jalan alternatif. Seorang Professor yang menggelarkan dirinya Cancer Assassin menjadi pilihan ayah saya. Ternyata pilihannya tepat kerana dengan izin Allah penyakitnya semakin berkurangan.

Saya pula sejak awal tahun 2017 dah mula selalu demam. Kadang2 sampai seminggu 2 kali pun ada. Awalnya saya cuma sangka sebab cuaca. Dalam bulan April 2017 saya merasakan ada benjolan di bahagian ketiak kiri saya. Dari hari ke hari benjolan itu semakin besar dan juga tumbuh di tempat lain berdekatan dengan ketiak kiri saya. Semakin lama semakin menyakitkan. Tapi saya masih mampu menahannya.

Selain daripada demam saya juga mempunyai masalah makan. Kalau dulu nasi lemak dua bungkus saya boleh makan dengan selambanya, tapi dalam bulan April 2017 juga saya berasa cepat kenyang dan selalu rasa nak muntah. Biasanya ia berlaku ketika saya baru mengambil 3 atau 4 suap makanan. Berat badan mula turun.

Pada 12 May 2017 saya dah mengambil keputusan untuk berjumpa doktor pakar. Saya berjumpa dengan seorang pakar bedah di Pantai Hospital Melaka. Pada hari yang sama doktor telah menjalankan ujian ultrasound di tempat benjolan. Menurut doktor ianya adalah ketulan daging, bergugus seperti anggur dan ada banyak di bahagian ketiak kiri. Doktor mencadangkan saya jalani pembedahan untuk mengambil sampel. Saya bersetuju untuk dibedah pada minggu berikutnya hari Isnin 15 May 2017.

No comments:

Post a Comment